Di sebalik mahligai yang dibina..
Sekian enam bulan tersusun bata-batanya..
Tiada disangka disebalik keteguhan tiang tiang yang dibina..
Terdapat kotoran di sebaliknya..
Akan tetapi tiada salahmu kotoran itu..
Tiada punca darimu..
Tiada persembunyian darimu..
Semuanya dari diriku..
Diriku yang menanam kotoran itu..
Tanpa pengetahuanmu..
Sekian enam bulan dirimu mengetahui kotoran itu..
Tapi dirimu mendiami..
Memberi ku peluang bicara..
Memberi ku peluang membuka..
Memberi ku peluang bersuara..
Memberi ku peluang tanpa lelah..
Sehinngga enam bulan dirimu mendiami..
Sehingga dirimu bersuara..
Menunjukkan semua kotoran yang ditanam..
Dengan setengah langkah dirimu memaling..
Aku menahan..
Aku menegah.
Aku menidakkan pemergianmu..
Aku memohon maaf..
Aku memohon keampunan darimu..
Aku memohon satu peluang terakhir darimu..
Aku memohon satu peluang untukku menghilangkan segala kotoran yang ada..
Aku memohon satu peluang untukku memulihkan mahligai yang dibina..
Akan ku hapuskan segala kotoran yang ada..
Akan ku buka mahligai yang kita bina..
Bata demi bata..
Akan ku pulihkan segalanya..
Akan ku cuci sehingga suci...
Akan ku hapuskan segala kotoran dari diriku..
Akan ku hapuskan segala najis mindaku..
Akan ku hapuskan busuk di hatiku..
Untuk mencapai mahligai yang kita rancang..
Untuk mencapai semua ceritera tersurat dan tersirat di setiap perbualan..
Untuk mencapai nafas terakhir kita bersama-sama..
Nur Azierah..
Dirimu darah yang mengalir di setiap sisip badan..
Dirimu jantung yang berdegup memberi nyawa padaku..
Pernafasanmu yang memberi udara padaku..
Matamu yang membantu aku melihat..
Suaramu memberi aku pendengaran..
Sentuhanmu yang membantu aku merasa..
Alunan rambutmu menyingkap setiap deriaku padamu..
Nur Azierah..
Aku mencintaimu hanya seorang..
Aku merinduimu hanya seorang..
Aku memerlukanmu hanya seorang..
Aku berghairah padamu hanya seorang..
Aku memikirkanmu hanya seorang..
Aku melihat padamu hanya seorang..
Aku bernafas hanya nafasmu seorang..
Nur Azierah..
Akan ku pastikan dirimu terlihat..
Hanya dirimu seorang untukku..
Hanya dirimu kekasih hatiku..
Hanya dirimu buah hatiku..
Hanya dirimu cinta matiku..
Hanya dirimu permaisuri hidupku...
Nur Azierah..
Ku pohon tiada henti kemaafan hatimu..
Ku pohon tiada henti agar dirimu memaafkan goblok insan ini..
Ku pohon tiada henti agar dirimu tiada melangkah pergi..
Ku pohon tiada henti agar tiada titik noktah buku ini..
Kerana dirimu begitu berharga..
Ini bukan iklan maybelline..
Ini kenyataan..
Akan ku cuci minda..
Akan ku cuci hati..
Akan ku cuci segalanya..
Mahu secara zahir dan batin..
Mahu secara hukuman dan pukulan..
Mahu setiap cara yang ada..
Agar terbukti padamu cinta tulus ikhlas hatiku..
Masa: 5.02 petang
Lagu didengari - Backstreet Boys - Shape Of My Heart
Mood - Bersalah
Amboi dasyat pnggunaan kata2...ahahhahahaha... :p
ReplyDelete